Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia setiap tahun ada macam-macam campaign untuk mempromosikan Korea Selatan tau. Salah satunya adalah campaign Discover Korea Your Way (DKYW). Bila kita sertai campaign ni, kita akan dapat DKYW booklet yang di dalam booklet ini ada discount voucher and t-money card for free tau. Kalau hampa nak tau lebih lanjut boleh tengok di website ni. http://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-2017.html
Berminat? Sabar dulu.. Hampa kena tau sapa yang layak untuk join DKYW 2017 ni dulu.
1. Valid untuk siapa nak travel ke South Korea dari tarikh sekarang hingga ke 31 March 2018 sahaja. Sebab coupon ni valid until 31 March 2018 ja.
2. Valid untuk Malaysian citizens saja.
3. Valid untuk independent travelers.
4. Valid utk 1 person & 1 time used only. (Kalau hampa p berlima, setiap orang kena buat asing-asing. Tak boleh share tau)
Discount coupon apa yang dapat?
Banyak sebenarnya. Merangkumi Seoul, Incheon, Busan, Jeju dan seluruh South Korea la. Tapi yang paling utama adalah:-
1. FREE T-money card + 2,000won value (ni ibarat touch & go kita)
2. 30% off one-way ticket for all KTX routes
3. 1,500 won OFF ticket AREX train (airport train to Seoul Station)
4. 10% discount coupon ticket Everland Theme Park.
5. DAN BANYAKK LAGII...
Macam nak nak join? Senang ja.
1. Sign up dulu jadi member Kaki Korea Club (KKC).
2. Login username & password.
3. Isi survey seperti dalam link http://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-2017.html
4. Dapat survey code > click send to email awak.
5. Bukak email & print out email tu.
6. Settle.
Macam mana nak redeem booklet DKYW 2017 ni?
Haa kat sini hampa kena fokus lebih sikit.
Mesti provide semua document ni tau..
1. Potostat copy IC / passport
2. Potostat copy itinerary (hampa print out & pastikan tarikh travel ke Korea tu before 31st March 2018 tau)
3. Tulis username, email yang hampa register kat KKC tu di potostat IC.
4. Tulis jugak survey code di potostat IC. (Kalau boleh print out je dari email sekali sebagai bukti)
5. Ada 4 benda di atas ni, kepil dan siap!
Sesiapa yang berada dalam kawasan KL & Selangor boleh p redeem di 2 tempat ni sahaja.
1. Korea Plaza
Ground Floor, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.
Operation hours:
Mon-Fri: 10am-7pm
Sat: 10am-3pm
Closed on Sun & Malaysia public holidays
2. Korea Train eXpress (KTX) Exhibition Hall
Lot 08-09, Level 1, NU Sentral Mall, Kuala Lumpur.
Operation hours:
Mon-Sun: 10am-10pm
Untuk yang berada di luar kawasan di atas? Hampa boleh kurier PosLaju atau kurier biasa.
1. Kurier PosLaju parcel mesti 280mm x 200mm. Atau pendek kata kalau nak redeem untuk banyak orang, hampa pos ja guna Sampul L 1KG berat maksimum tu. Senang kan. Nanti waktu nak pos ke Korea Plaza tu, guna la parcel kecik sikit agak muat document-document, dalam tu jugak hampa boh Sampul L tu, tulis siap-siap nama penerima. Senang kerja depa jugak. Kalau pos laju ni 2 hari ja revert balik dah kat kita. Haaa cepat kan!
2. Kurier pos biasa, harus ada stamp rm3.50, enveloped C4 229mm x 324mm. Berapa lama nak sampai? Tak tau la. Nama pun pos biasa kan.
Nanti yang ni la akan bakal didapat. Discount voucher yang lain semua dalam booklet tu tau.
Kalau tak paham, boleh tanya tau. Thank you sebab sudi baca. Assalamualaikum.
Hi! Nak tanya kalau kita print passport je tak print IC tak apa kan??
ReplyDeleteHi, u got use the 30% off one-way ticket for all KTX routes? If no, can give to me?
ReplyDelete