Friday, 7 April 2017

[TRAVEL GUIDE] DISCOUNT VOUCHER TO KOREA BY KOREA TOURISM ORGANIZATION

Assalamualaikum. Hari ni rasa macam nak share something yang kita pun first time jugak buat. Hampa penah dengar tak pasal Campaign Discover KOREA Your Way (DKYW) ? Okay, untuk sapa yang tak pernah, mai sini saya nak cerita sikit.

Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia setiap tahun ada macam-macam campaign untuk mempromosikan Korea Selatan tau. Salah satunya adalah campaign Discover Korea Your Way (DKYW). Bila kita sertai campaign ni, kita akan dapat DKYW booklet yang di dalam booklet ini ada discount voucher and t-money card for free tau. Kalau hampa nak tau lebih lanjut boleh tengok di website ni. http://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-2017.html

Berminat? Sabar dulu.. Hampa kena tau sapa yang layak untuk join DKYW 2017 ni dulu.
1. Valid untuk siapa nak travel ke South Korea dari tarikh sekarang hingga ke 31 March 2018 sahaja. Sebab coupon ni valid until 31 March 2018 ja.
2. Valid untuk Malaysian citizens saja.
3. Valid untuk independent travelers. 
4. Valid utk 1 person & 1 time used only. (Kalau hampa p berlima, setiap orang kena buat asing-asing. Tak boleh share tau)

Discount coupon apa yang dapat?
Banyak sebenarnya. Merangkumi Seoul, Incheon, Busan, Jeju dan seluruh South Korea la. Tapi yang paling utama adalah:-
1. FREE T-money card + 2,000won value (ni ibarat touch & go kita)
2. 30% off one-way ticket for all KTX routes
3. 1,500 won OFF ticket AREX train (airport train to Seoul Station)
4. 10% discount coupon ticket Everland Theme Park.
5. DAN BANYAKK LAGII...

Macam nak nak join? Senang ja.
1. Sign up dulu jadi member Kaki Korea Club (KKC).
2. Login username & password.
3. Isi survey seperti dalam link http://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-2017.html
4. Dapat survey code > click send to email awak.
5. Bukak email & print out email tu.
6. Settle.

Macam mana nak redeem booklet DKYW 2017 ni?
Haa kat sini hampa kena fokus lebih sikit.

Mesti provide semua document ni tau..
1. Potostat copy IC / passport
2. Potostat copy itinerary (hampa print out & pastikan tarikh travel ke Korea tu before 31st March 2018 tau)
3. Tulis username, email yang hampa register kat KKC tu di potostat IC.
4. Tulis jugak survey code di potostat IC. (Kalau boleh print out je dari email sekali sebagai bukti)
5. Ada 4 benda di atas ni, kepil dan siap!

Sesiapa yang berada dalam kawasan KL & Selangor boleh p redeem di 2 tempat ni sahaja.

1. Korea Plaza
Ground Floor, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.
Operation hours:
Mon-Fri: 10am-7pm
Sat: 10am-3pm
Closed on Sun & Malaysia public holidays

2. Korea Train eXpress (KTX) Exhibition Hall
Lot 08-09, Level 1, NU Sentral Mall, Kuala Lumpur.
Operation hours:
Mon-Sun: 10am-10pm

Untuk yang berada di luar kawasan di atas? Hampa boleh kurier PosLaju atau kurier biasa.

1. Kurier PosLaju parcel mesti 280mm x 200mm. Atau pendek kata kalau nak redeem untuk banyak orang, hampa pos ja guna Sampul L 1KG berat maksimum tu. Senang kan. Nanti waktu nak pos ke Korea Plaza tu, guna la parcel kecik sikit agak muat document-document, dalam tu jugak hampa boh Sampul L tu, tulis siap-siap nama penerima. Senang kerja depa jugak. Kalau pos laju ni 2 hari ja revert balik dah kat kita. Haaa cepat kan!

2. Kurier pos biasa, harus ada stamp rm3.50, enveloped C4 229mm x 324mm. Berapa lama nak sampai? Tak tau la. Nama pun pos biasa kan.



Nanti yang ni la akan bakal didapat. Discount voucher yang lain semua dalam booklet tu tau.

Kalau tak paham, boleh tanya tau. Thank you sebab sudi baca. Assalamualaikum.

Tuesday, 7 February 2017

[TRAVEL GUIDE] AIRBNB : UNIQUE & THE BEST ACCOMMODATIONS IN SEOUL, KOREA

Assalamualaikum. Lama pulak rasanya tak update blog ni. Okay hari ni rasa macam nak share something yang mungkin hampa semua dah tau ataupun tak tau ataupun tau tapi buat-buat tak tau. Pernah dengar tak pasal Airbnb.com? Kalau sebelum ni saya nak travel selalu book atau survey hotel/apartment/room through booking.com, agoda, dan trivago ja. Tapi kali ni memberanikan diri nak book melalui airbnb pulak. Actually dah dengar pasal airbnb ni dah lama tapi tak berani sangat nak try book sini sebabnya kita kena terus bayar guna credit card, tak boleh booking tanpa bayaran dulu.

Kalau hampa nak try carik rumah yang unique boleh carik kat airbnb. Merata negara boleh book guna airbnb ni. Kalau rumah mat saleh lagi chantek laa. Di Seoul, Korea ni kalau hampa nak tau, sebenarnya airbnb ni lagi murah dari booking.com tau. Tak caya sat lagi ceq cita noo..

Firstly, google dulu airbnb.com. lepas tu click ja mana-mana > search macam kat bawah.



Click search > lepas tu filter hampa nak price range berapa > lepas tu search la nak rumah yang mana. Kalau nak tau rumah tu location di mana, just layangkan ja jejari tu kat rumah mana-mana, dia akan bold di peta nanti.


Sekarang ni cuba bandingkan harga di airbnb dengan booking.com

Above picture: airbnb.com

Above picture: booking.com

Okay cuba sekarang bandingkan.

Rumah duplex di airbnb hanya bernilai RM3697 tapi di booking.com RM6,419. Beza banyak tuu.. Kalau dengan harga RM3657 hanya dapat rumah diatas ni. Memang okay ja tapi kalau nak keselesaan dan keluasan nak letak barang, yang mana hampa nak pilih? Mesti la rumah duplex airbnb kan.

Kalau dah datang ramai dengan kawan-kawan, nak jimat lagi boleh ja book bilik asing-asing tapi tak syok la. Kita selalu waktu nak tido tu la menyembang sakan, try baju yang baru beli, ambil gambar share dalam group kan. Eh ehh macam selalu buat ja hahaha

Kalau di booking.com, nakk jimat lagi pilih yang shared bathroom and shared room tapi kalau perempuan ni paham ja lah. Tak selesa lah. So kalau book di airbnb, hampa boleh pilih nak entire home. Lepas tu banyak kemudahan yang diberikan jugak seperti dapur, mesin basuh, wifi, egg wifi (depands certain house), iron (of course) dan macam-macam lagi lah.

Most importantly, kena rajin baca review dan cari yang perfect location okay! Selalunya yang murah dekat Mapu-gu (Hongdae/Ewha) tapi hampa kena ingat. Kalau nak book kat sana, kena kira harga subway pulak. Kalau ulang alik dari Hongik > Myeongdong pun dah ambil masa 21 minit/1,250W. Rugi masa tau. Jadi the best option ambil rumah yang dekat Myeongdong/Namdaemun/Dongdaemun/Seoul Station.





Dah confirm nak book kat airbnb? First kena login dulu la, lepas tu pilih rumah > masuk credit card > waiting for owner to receive our payment > get confirmation email success > done.

Sebelum nak confirm buat payment, rasa macam ada soalan nak tanya owner boleh message owner/host.

My suggestion, kalau pergi ramai mesti nak kumpul duit tu lambat sikit kan. So book dulu mana-mana rumah/bilik yang sesuai di booking.com lepas tu sambil-sambil nak simpan duit nak buat payment tu, survey la kat airbnb. Confirm semua setuju, guna credit card. Lepas tu cancel booking kat booking.com. Done.

As simple as that.

Okay tu ja nak share. Nanti kita share lagi ya. Till then, bye.