Friday, 7 April 2017

[TRAVEL GUIDE] DISCOUNT VOUCHER TO KOREA BY KOREA TOURISM ORGANIZATION

Assalamualaikum. Hari ni rasa macam nak share something yang kita pun first time jugak buat. Hampa penah dengar tak pasal Campaign Discover KOREA Your Way (DKYW) ? Okay, untuk sapa yang tak pernah, mai sini saya nak cerita sikit.

Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia setiap tahun ada macam-macam campaign untuk mempromosikan Korea Selatan tau. Salah satunya adalah campaign Discover Korea Your Way (DKYW). Bila kita sertai campaign ni, kita akan dapat DKYW booklet yang di dalam booklet ini ada discount voucher and t-money card for free tau. Kalau hampa nak tau lebih lanjut boleh tengok di website ni. http://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-2017.html

Berminat? Sabar dulu.. Hampa kena tau sapa yang layak untuk join DKYW 2017 ni dulu.
1. Valid untuk siapa nak travel ke South Korea dari tarikh sekarang hingga ke 31 March 2018 sahaja. Sebab coupon ni valid until 31 March 2018 ja.
2. Valid untuk Malaysian citizens saja.
3. Valid untuk independent travelers. 
4. Valid utk 1 person & 1 time used only. (Kalau hampa p berlima, setiap orang kena buat asing-asing. Tak boleh share tau)

Discount coupon apa yang dapat?
Banyak sebenarnya. Merangkumi Seoul, Incheon, Busan, Jeju dan seluruh South Korea la. Tapi yang paling utama adalah:-
1. FREE T-money card + 2,000won value (ni ibarat touch & go kita)
2. 30% off one-way ticket for all KTX routes
3. 1,500 won OFF ticket AREX train (airport train to Seoul Station)
4. 10% discount coupon ticket Everland Theme Park.
5. DAN BANYAKK LAGII...

Macam nak nak join? Senang ja.
1. Sign up dulu jadi member Kaki Korea Club (KKC).
2. Login username & password.
3. Isi survey seperti dalam link http://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-2017.html
4. Dapat survey code > click send to email awak.
5. Bukak email & print out email tu.
6. Settle.

Macam mana nak redeem booklet DKYW 2017 ni?
Haa kat sini hampa kena fokus lebih sikit.

Mesti provide semua document ni tau..
1. Potostat copy IC / passport
2. Potostat copy itinerary (hampa print out & pastikan tarikh travel ke Korea tu before 31st March 2018 tau)
3. Tulis username, email yang hampa register kat KKC tu di potostat IC.
4. Tulis jugak survey code di potostat IC. (Kalau boleh print out je dari email sekali sebagai bukti)
5. Ada 4 benda di atas ni, kepil dan siap!

Sesiapa yang berada dalam kawasan KL & Selangor boleh p redeem di 2 tempat ni sahaja.

1. Korea Plaza
Ground Floor, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.
Operation hours:
Mon-Fri: 10am-7pm
Sat: 10am-3pm
Closed on Sun & Malaysia public holidays

2. Korea Train eXpress (KTX) Exhibition Hall
Lot 08-09, Level 1, NU Sentral Mall, Kuala Lumpur.
Operation hours:
Mon-Sun: 10am-10pm

Untuk yang berada di luar kawasan di atas? Hampa boleh kurier PosLaju atau kurier biasa.

1. Kurier PosLaju parcel mesti 280mm x 200mm. Atau pendek kata kalau nak redeem untuk banyak orang, hampa pos ja guna Sampul L 1KG berat maksimum tu. Senang kan. Nanti waktu nak pos ke Korea Plaza tu, guna la parcel kecik sikit agak muat document-document, dalam tu jugak hampa boh Sampul L tu, tulis siap-siap nama penerima. Senang kerja depa jugak. Kalau pos laju ni 2 hari ja revert balik dah kat kita. Haaa cepat kan!

2. Kurier pos biasa, harus ada stamp rm3.50, enveloped C4 229mm x 324mm. Berapa lama nak sampai? Tak tau la. Nama pun pos biasa kan.



Nanti yang ni la akan bakal didapat. Discount voucher yang lain semua dalam booklet tu tau.

Kalau tak paham, boleh tanya tau. Thank you sebab sudi baca. Assalamualaikum.

Tuesday, 7 February 2017

[TRAVEL GUIDE] AIRBNB : UNIQUE & THE BEST ACCOMMODATIONS IN SEOUL, KOREA

Assalamualaikum. Lama pulak rasanya tak update blog ni. Okay hari ni rasa macam nak share something yang mungkin hampa semua dah tau ataupun tak tau ataupun tau tapi buat-buat tak tau. Pernah dengar tak pasal Airbnb.com? Kalau sebelum ni saya nak travel selalu book atau survey hotel/apartment/room through booking.com, agoda, dan trivago ja. Tapi kali ni memberanikan diri nak book melalui airbnb pulak. Actually dah dengar pasal airbnb ni dah lama tapi tak berani sangat nak try book sini sebabnya kita kena terus bayar guna credit card, tak boleh booking tanpa bayaran dulu.

Kalau hampa nak try carik rumah yang unique boleh carik kat airbnb. Merata negara boleh book guna airbnb ni. Kalau rumah mat saleh lagi chantek laa. Di Seoul, Korea ni kalau hampa nak tau, sebenarnya airbnb ni lagi murah dari booking.com tau. Tak caya sat lagi ceq cita noo..

Firstly, google dulu airbnb.com. lepas tu click ja mana-mana > search macam kat bawah.



Click search > lepas tu filter hampa nak price range berapa > lepas tu search la nak rumah yang mana. Kalau nak tau rumah tu location di mana, just layangkan ja jejari tu kat rumah mana-mana, dia akan bold di peta nanti.


Sekarang ni cuba bandingkan harga di airbnb dengan booking.com

Above picture: airbnb.com

Above picture: booking.com

Okay cuba sekarang bandingkan.

Rumah duplex di airbnb hanya bernilai RM3697 tapi di booking.com RM6,419. Beza banyak tuu.. Kalau dengan harga RM3657 hanya dapat rumah diatas ni. Memang okay ja tapi kalau nak keselesaan dan keluasan nak letak barang, yang mana hampa nak pilih? Mesti la rumah duplex airbnb kan.

Kalau dah datang ramai dengan kawan-kawan, nak jimat lagi boleh ja book bilik asing-asing tapi tak syok la. Kita selalu waktu nak tido tu la menyembang sakan, try baju yang baru beli, ambil gambar share dalam group kan. Eh ehh macam selalu buat ja hahaha

Kalau di booking.com, nakk jimat lagi pilih yang shared bathroom and shared room tapi kalau perempuan ni paham ja lah. Tak selesa lah. So kalau book di airbnb, hampa boleh pilih nak entire home. Lepas tu banyak kemudahan yang diberikan jugak seperti dapur, mesin basuh, wifi, egg wifi (depands certain house), iron (of course) dan macam-macam lagi lah.

Most importantly, kena rajin baca review dan cari yang perfect location okay! Selalunya yang murah dekat Mapu-gu (Hongdae/Ewha) tapi hampa kena ingat. Kalau nak book kat sana, kena kira harga subway pulak. Kalau ulang alik dari Hongik > Myeongdong pun dah ambil masa 21 minit/1,250W. Rugi masa tau. Jadi the best option ambil rumah yang dekat Myeongdong/Namdaemun/Dongdaemun/Seoul Station.





Dah confirm nak book kat airbnb? First kena login dulu la, lepas tu pilih rumah > masuk credit card > waiting for owner to receive our payment > get confirmation email success > done.

Sebelum nak confirm buat payment, rasa macam ada soalan nak tanya owner boleh message owner/host.

My suggestion, kalau pergi ramai mesti nak kumpul duit tu lambat sikit kan. So book dulu mana-mana rumah/bilik yang sesuai di booking.com lepas tu sambil-sambil nak simpan duit nak buat payment tu, survey la kat airbnb. Confirm semua setuju, guna credit card. Lepas tu cancel booking kat booking.com. Done.

As simple as that.

Okay tu ja nak share. Nanti kita share lagi ya. Till then, bye.

Saturday, 17 December 2016

[TRAVEL] 2014: Seoul, South Korea - Winter / Trip 1

Hi, assalamualaikum. Ha tudia tudia tudiaa dia post lagii. Kali ni saya nak share buat julung-julung kalinya travel pergi Seoul, Koreaaa.. OMG. Serius excited sangat tau. Mana tak excitednya, time ni memang minat Running Man kan.

Okay, trip kali ni saya pergi time winter with family pada hujung bulan January 2014. Kali ni saya tak akan share itinerary tapi just nak share tempat-tempat yang sempat pergi time winter okay. Trip ni jugak saya tak akan share budget pergi Korea sebab pergi dengan family kan, memang tak kan kira budget punyaa. Kalau korang kira ka? Hahaha

Waktu ni tak sempat nak study banyak benda pasal tempat menarik di Korea sebab habis ja final exam, keesokkan harinya terus bertolak pergi Korea.

 Kalau korang ingat, ni la tempat Gwang Soo silap bagi direction tempat berkumpul.

Best part yang sempat dikunjungi:-

HONGIK UNIVERSITY STATION EXIT:-

1. Hongdae Shopping Area.
Direction: Hongik University Station, Subway Line 2, Exit 9)
Entrance fee: FREE
Interested part: Kalau nak shopping fashion items dan accessories dekat sini la. Harga baju pulak quite affordable la, starting price 10,000 won.

Shopping area lain yang lebih kurang harga kat Hongdae ni boleh juga dapat di Ewha Shopping Area tapi trip winter ni tak pergi lagi. Second trip Autumn pergi, nanti saya share next post okay.

2. Trick Eye Museum.
Direction: Hongik University Station, Subway Line 2, Exit 9)
Entrance fee: 15,000 won/person
Interested part: Museum ni lebih kurang macam di Malaysia ja, yang membezakan adalah kita di Korea. Jadi excitednya lain sikit.

3. Hello Kitty Cafe
Direction: Hongik University Station, Subway Line 2, Exit 9)
Entrance fee: FREE
Interested part: Of course nak tengok tahap kecomelan dorang mereka cafe ni. Memang ramai orang sampai kena beratur. 
Special information: Cafe dekat sini dah tutup tahun 2015 if I not mistaken, jangan p carik pulak. 


Kalau nak pergi boleh ke Myeongdong atau search kat sini:

Image

 Image

Credit picture: Me :)
*korek gambar lama tinggal tak banyak, jadi ada yang ambil gambar dari blog orang lain jugak :)

4. Namsan Seoul Tower
Direction: Myeongdong Station, line 4, exit 3 - jalan 10 min sehingga sampai ke Namsan Cable Car.
1 way entrance fee cable car: 6,000 won * tak sure time tu berapa tapi ni rate sekarang. Boleh refer disini http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264550
Interested part: Best view dari tempat tinggi + cable car + "lock" relationship with locks on the railing lepas tu baling kunci tu. Kononnya la.

Suggestion: Saya suggest korang pergi waktu petang. Nak naik tower tu better naik cable car, balik turun ikut track turun anak tangga. Waktu kami pergi ni, nak turun waktu nak malam, jadi sempat la tengok matahari nak terbenam. Sampai ja bawah dah malam. Penat gak turun tu tapi better la dari naik guna tangga kan?

 Credit picture: Me :)
Credit picture: Me :) 

Credit picture: Me :) 

 Credit picture: Me :)

5. Namsangol Hanok Village
Direction: Chungmuro Station, Line 3/4, exit 3/4.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Disini ada traditional korean village yang agak unik. Dari jauh spotted Namsan Seoul Tower. Tempat ni tak crowded macam di Bukchon Hanok Village. Ada juga orang cakap di Bukchon lebih menarik berbanding di Namsangol tapi di sana crowded sangat. Tak sanggup den. Sini juga boleh try sewa hanbok tapi kalau korang nak try free, haa jap g saya bagitau naaa..

Namsangol

6. Nami Island
Direction: *ITX Train (Yongsan Station - Gapyeong Station) *Taxi/Shuttle Bus to Nami Island entrance. * Take ferry to Nami Island.
Entrance Fee: 8,000 won
Interested part: Winter Sonataaa. Musim winter kat sini tersangatlah sejuk sampai bila nak ambil gambar pun jari dah rasa kebas.




7. FREE Traditional Costume Experience (Hanbok) of Seoul Global Cultural Center.
Direction: *Myeongdong Station, Line 4, Exit 8. *Jalan sehingga jumpa M Plaza, Level 5.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Free pakai hanbok kat sini. Macam hari tu kami datang, kena book dulu pukul berapa sebab penuh time pergi tu. Bila sampai turn, kita hanya ada masa 10 min ja untuk bergambar. Benda free kan, mesti la ramai orang pergi. Kalau tak letak limit masa, boleh jadi sejam. Eh Ehh..


Orang yang tak berapa nak comel tapi konon nak nampak comel :)

8. Itaewon
Direction: Itaewon, Line 6, Exit 3.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Seoul Central Masjid + makanan halal 'Murree Muslim Food Restaurant'.
Waktu pergi masjid tu terjumpa pulak kak Zarina. Dia yang cakap dekat Myeongdong ada 1 kedai asam pedas tu. Carik punya carik sampai jumpa. Asam pedas dia memang sedap macam Malaysia malii oii. Second trip Autumn pergi carik dah tak jumpa. Sedih sangat tak dapat merasa lagi. Huhu Ni blog dia, boleh usha ye.. 
http://budgettravel2korea.com/2014/01/heuksando-asam-pedas-myeongdong.html

9. Dongdaemun.
Direction: Dongdaemun Cultural & History Park Station, Line 2 & 4, Exit 1.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Sini adalah tempat shopping yang hidup sampai 5 pagi. Korang boleh shopping tepi Migloire, dan Doota. 

Credit picture: Me :)

10. Myeongdong Shopping Street
Direction: Myeongdong Station, Line 4, Exit 6.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Sini MEMANG SYURGA beli cosmetic. Serious! Pegi sini kena mengucap banyak kali especially perempuan.

First time pergi ni guesthouse kami pun dekat Myeongdong je. Boleh la usha ye.. Namsan Guesthouse 2.

Ni la guesthousenyee tapi kami sewa bilik ja.

Ni laa biliknyee.. Sewa semalam pun dah RM200++ if I'm not mistaken.

Macam mana saya makan kat sini eh??
Haa disebabkan first time pergi tak sempat nak survey banyak sangat. Jadi time ni street food tak berani nak makan. Makan restaurant pun dekat Myeongdong - Asam Pedas & Itaewon - Murree Restaurant ja. Waktu lain mak masak sambal siap-siap, bawak beras, bawak telur rebus, roti, biskut, maggie, chocolate dan yang penting  TRAVEL COOKER WAJIB ADA! Bukan tak boleh masak kat guesthouse ni tapi tak selesa la nak masak kt ruang dapur yang share dengan orang.

Jangan cakap dok hutan ja guna tau. Travel pun wajib ada!

Sebenarnya banyak lagi tempat tak penting yang kami sempat singgah tapi lupa nama tempat. Harap serba sikit dapat membantu siapa yang memerlukan. Ni untuk trip Winter tau. Nantikan pulak trip Autumn. Haa Autumn sejujurnya lagi kena dengan jiwa ceqq sebab ceq tak suka sejuk sangat. Winter ni terlalu sejuk sampai keluar ja dari train, tergedik-gedik nak masuk bangunan yang ada pemanas. Tak syiokk.

Till next post! Adios...

Friday, 16 December 2016

[Travel] 2016: Ho Chi Minh, Vietnam - Budget 1K++ ONLY

Hi semua. Hari ni saya nak share short trip to Ho Chi Minh City, Vietnam July 2016. This trip is just for 4 days 3 nights ja. Ini adalah kali keempat ke sini and this trip comes with 6 person and I call as a ladies trip. Why I keep repeating goes to this place? Sebab tempat ni heaven untuk kita bershopping.

This trip is on 15 July 2016 to 18 July 2016 by flight Air Asia. I booked the ticket around November 2015 and it cost us RM 349.10 per person include insurance, luggage 20 kg and selection seats. Then I booked hotel in early of July 2016 at Booking.com - Xavier Hotel. It cost us for 3 nights USD 40 per person and paid when we reached at the hotel.


 Xavier Hotel: Front


Xavier Hotel: Family room (3 pax)

Kenapa hotel ini yang dipilih?
Saya survey hotel for almost 5 months because I want the nearest hotel to night market and halal restaurant. Hotel room in HCM is small and will not support for 6 person. Thank you for all the comments untuk setiap hotel dan setuju untuk memilih hotel ini. The staff can well speak English and very helpful. Hotel ini not provided breakfast tapi tak pa, bawak ja bekal roti banyak-banyak. Pagi tak makan berat sangat pun.

Day 1: Air Asia flight from Penang to Ho Chi Minh City, Vietnam.
This flight takes 1 hour and 50 minutes and we arrived around 1.00pm (LT) and waiting for my friends which has arrived earlier due to different flight. She takes flight from KLIA2 instead of Penang.

Sampai ja di airport, kita boleh reached Ben Thanh Market (BTM) melalui taxi ataupun bas. Tapi saya suggest ambil public bas No. 152 because this is the cheapest way to get there. Only 5,000 dong okay! Rather than you take a taxi, it will cost you 200,000 dong. *haiyoo mahal oo.. It takes 30 - 45 minutes depend on traffic.

Di BTM bas stop, kena cross roundabout street. Hati-hati lintas jalan sebab jalan selalu sibuk. Sampai ja hotel, terus rehat selepas tu keluar dalam 6pm to sightseeing the shop around night market.

Raining and raining...Welcome us, maybe :) 

Dinner near night market.

I don't remember the exact amount but all I can conclude halal food in HCM is quite expensive.

Day 2: Sungai Mekong
Usually bila travel, I do not prefer tour guide because it won't challenge me to travel but if you need to go to Sungai Mekong, you need a tour guide. Kawan saya yang promote abang ni dan dah contact since in Malaysia lagi. So I decide to take 1 day tour dengan abang ni sebab kan dah banyak kali pergi jadi dah familiar sikit la dengan jalan-jalan di BTM, jadi buat apa rugi duit kan. Unless la tak tahu jalan lain lah.

So for 1 day tour, abang Abdullah Sulayman ni charged per person RM 100 (include van yang sangat selesa, sejuk dan bersih, jalan-jalan Rest and Go, jalan-jalan kedai borong souvenir, kain telekung, baju kurung, blouse dan juga makan.

Untuk entrance Sungai Mekong RM 15 per person. Jadi total bayar untuk 1 day RM 115 ja. Mungkin orang lain boleh dapat murah lagi tapi bagi saya dah okay dah ni. Berbaloi.

Anyone interested boleh contact abang kita: +841223986523 and follow facebook: Abdullah Sulayman.
*dia buat jugak all package. For more info, boleh menghubungi dia ye.


Mekong Rest Stop: Road heading to Sungai Mekong




 Pernah jugak saya bertanya "Ada buaya tak kat sini?"
"Tak ada. Tapi dulu pernah terlepas ke sini". OMG! *tolong cakap melawak ja pleasee

Yang depan tu lah abangnyee

Air madu lebah *serius sedap 

Buah-buahan tempatan


Settle ja Sungai Mekong, abang ni bawak kami pergi makan di dalam kawasan masjid. Makanan tersangatlah sedap macam makanan di Malaysia. Sedap dan lapar sangat sampai lupa nak ambil gambar.


Selepas selesai 1 day berjalan jauh, sampai hotel pun baru je malam. Rehat kejap, makan maggie *sebab lapar balik terus pergi jalan-jalan pasar malam.

Day 3: Shopping berdekatan BTM.
Hari ni kami 1 hari shopping dan jalan-jalan dekat sini ja. Dalam BTM ni sebenarnya mahal tapi korang kena pandai tawar-menawar la. Saya tak suka sangat membeli dalam BTM ni tapi lebih prefer membeli di pasar malam mungkin sejuk sikit rasanya.

Kalau korang nak membeli beg Deuter, dekat pasar malam murah. RM20 dah boleh dapat bergantung pada liter beg.

Kalau juga korang nak membeli tudung, tepi-tepi jalan ni pun dah okay sebenarnya.


Day 4: Air Asia flight from Ho Chi Minh City, Vietnam to Penang.
Pagi tu settle ja semua, terus heading to airport. Approximate sampai Penang petang tu.

ESTIMATED BUDGET per person:
                                                     RM
Ticket flight                                 349.10
Hotel (USD 40)                            170.00 (estimated ja tau sebab tak ingat time pergi tu rate berapa)
1 day trip to Sungai Mekong         100.00
Entrance Sungai Mekong                15.00
Makan (3x)                                   60.00
Kain cotton                                   75.00
Shawl                                         180.00
2 telekung                                    50.00
2 Beg Deuter                                50.00
Bus (5,000 dong)                            1.00
Van (hotel to airport)                     45.00
Kopi                                             11.00                
TOTAL                                   1,106.10

Lupa pulak nak share pasal kopi. Kopi yang jual tepi jalan tu ada juga was-wasnya. Kopi ni memang sedap dan boleh kalah Starbucks tau. Eh eh! Kalau korang nak beli, beli dekat abang ni yang pakai kopiah dan bila kita cakap Assalamualaikum dan dia menyahut Waalaikumussalam. Saya tak cakap yang lain tu tak halal tapi kalau kita yakin tak pa lah. Lagi satu, kalau beli dekat abang pakai kopiah tu, cuba korang mintak diskaun. Insya'allah dapat. :)


Macam tak caya ja habiskan banyak ni ja? Sebab dah banyak kali kan. Untuk trip kali ni saya bawak duit shopping RM500 ja. Jadi kalau awak semua kaki shopping bawak la RM1K ke atas ya. 

Estimated budget ni bukan specific yang macam saya beli tau sebab dah lama pergi dan kertas yang menyalin tu hilang. Orang yang mengirim duit tak termasuk dalam budget ni ya. Ni perbelanjaan saya sahaja. Jadi ini serba sedikit yang saya ingat lah. :)

Next trip nanti saya share trip pergi Korea pula okay. Adios!

Tuesday, 6 December 2016

BLOG FOR TRAVEL INFORMATION.

Hi, assalamualaikum.

I create this new blog are mostly for travel information. For your information, I love to travel inside or outside the sea but of course depand on the budget la kan. I jenis seorang traveller yang bukan backpackers sangat dan not prefer travel guide. I selalu study sendiri dan make my own budget. Muda-muda ni mungkin nak challenge diri la kot.

Jadi nantikan new post about my travel okay!