Hi, assalamualaikum. Ha tudia tudia tudiaa dia post lagii. Kali ni saya nak share buat julung-julung kalinya travel pergi Seoul, Koreaaa.. OMG. Serius excited sangat tau. Mana tak excitednya, time ni memang minat Running Man kan.
Okay, trip kali ni saya pergi time winter with family pada hujung bulan January 2014. Kali ni saya tak akan share itinerary tapi just nak share tempat-tempat yang sempat pergi time winter okay. Trip ni jugak saya tak akan share budget pergi Korea sebab pergi dengan family kan, memang tak kan kira budget punyaa. Kalau korang kira ka? Hahaha
Waktu ni tak sempat nak study banyak benda pasal tempat menarik di Korea sebab habis ja final exam, keesokkan harinya terus bertolak pergi Korea.
Kalau korang ingat, ni la tempat Gwang Soo silap bagi direction tempat berkumpul.
Best part yang sempat dikunjungi:-
HONGIK UNIVERSITY STATION EXIT:-
1. Hongdae Shopping Area.
Direction: Hongik University Station, Subway Line 2, Exit 9)
Entrance fee: FREE
Interested part: Kalau nak shopping fashion items dan accessories dekat sini la. Harga baju pulak quite affordable la, starting price 10,000 won.
Shopping area lain yang lebih kurang harga kat Hongdae ni boleh juga dapat di Ewha Shopping Area tapi trip winter ni tak pergi lagi. Second trip Autumn pergi, nanti saya share next post okay.
2. Trick Eye Museum.
Direction: Hongik University Station, Subway Line 2, Exit 9)
Entrance fee: 15,000 won/person
Interested part: Museum ni lebih kurang macam di Malaysia ja, yang membezakan adalah kita di Korea. Jadi excitednya lain sikit.
3. Hello Kitty Cafe
Direction: Hongik University Station, Subway Line 2, Exit 9)
Entrance fee: FREE
Interested part: Of course nak tengok tahap kecomelan dorang mereka cafe ni. Memang ramai orang sampai kena beratur.
Special information: Cafe dekat sini dah tutup tahun 2015 if I not mistaken, jangan p carik pulak.
Sources: http://www.hellokittycafe.co.kr/core/board/content.asp?bi_num=40&b_idx=751&screen_width=1366
Kalau nak pergi boleh ke Myeongdong atau search kat sini:

Credit picture: https://nadinewulandari.wordpress.com/2013/05/12/direction-to-hello-kitty-cafe-in-hongdae/

Credit picture: https://nadinewulandari.wordpress.com/2013/05/12/direction-to-hello-kitty-cafe-in-hongdae/
Credit picture: Me :)
*korek gambar lama tinggal tak banyak, jadi ada yang ambil gambar dari blog orang lain jugak :)
4. Namsan Seoul Tower
Direction: Myeongdong Station, line 4, exit 3 - jalan 10 min sehingga sampai ke Namsan Cable Car.
1 way entrance fee cable car: 6,000 won * tak sure time tu berapa tapi ni rate sekarang. Boleh refer disini http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264550
Interested part: Best view dari tempat tinggi + cable car + "lock" relationship with locks on the railing lepas tu baling kunci tu. Kononnya la.
Suggestion: Saya suggest korang pergi waktu petang. Nak naik tower tu better naik cable car, balik turun ikut track turun anak tangga. Waktu kami pergi ni, nak turun waktu nak malam, jadi sempat la tengok matahari nak terbenam. Sampai ja bawah dah malam. Penat gak turun tu tapi better la dari naik guna tangga kan?
Credit picture: Me :)
Credit picture: Me :)
Credit picture: Me :)
Credit picture: Me :)
5. Namsangol Hanok Village
Direction: Chungmuro Station, Line 3/4, exit 3/4.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Disini ada traditional korean village yang agak unik. Dari jauh spotted Namsan Seoul Tower. Tempat ni tak crowded macam di Bukchon Hanok Village. Ada juga orang cakap di Bukchon lebih menarik berbanding di Namsangol tapi di sana crowded sangat. Tak sanggup den. Sini juga boleh try sewa hanbok tapi kalau korang nak try free, haa jap g saya bagitau naaa..

Credit picture: http://boboandchichi.com/2015/01/namsangol-hanok-village-seoul/
6. Nami Island
Direction: *ITX Train (Yongsan Station - Gapyeong Station) *Taxi/Shuttle Bus to Nami Island entrance. * Take ferry to Nami Island.
Entrance Fee: 8,000 won
Interested part: Winter Sonataaa. Musim winter kat sini tersangatlah sejuk sampai bila nak ambil gambar pun jari dah rasa kebas.
7. FREE Traditional Costume Experience (Hanbok) of Seoul Global Cultural Center.
Direction: *Myeongdong Station, Line 4, Exit 8. *Jalan sehingga jumpa M Plaza, Level 5.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Free pakai hanbok kat sini. Macam hari tu kami datang, kena book dulu pukul berapa sebab penuh time pergi tu. Bila sampai turn, kita hanya ada masa 10 min ja untuk bergambar. Benda free kan, mesti la ramai orang pergi. Kalau tak letak limit masa, boleh jadi sejam. Eh Ehh..

Credit picture: http://hanachrisantyjioe.blogspot.my/2015/08/korea-seoul-global-cultural-center.html
Orang yang tak berapa nak comel tapi konon nak nampak comel :)
8. Itaewon
Direction: Itaewon, Line 6, Exit 3.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Seoul Central Masjid + makanan halal 'Murree Muslim Food Restaurant'.
Waktu pergi masjid tu terjumpa pulak kak Zarina. Dia yang cakap dekat Myeongdong ada 1 kedai asam pedas tu. Carik punya carik sampai jumpa. Asam pedas dia memang sedap macam Malaysia malii oii. Second trip Autumn pergi carik dah tak jumpa. Sedih sangat tak dapat merasa lagi. Huhu Ni blog dia, boleh usha ye..
http://budgettravel2korea.com/2014/01/heuksando-asam-pedas-myeongdong.html
9. Dongdaemun.
Direction: Dongdaemun Cultural & History Park Station, Line 2 & 4, Exit 1.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Sini adalah tempat shopping yang hidup sampai 5 pagi. Korang boleh shopping tepi Migloire, dan Doota.
Credit picture: Me :)
10. Myeongdong Shopping Street
Direction: Myeongdong Station, Line 4, Exit 6.
Entrance Fee: FREE
Interested part: Sini MEMANG SYURGA beli cosmetic. Serious! Pegi sini kena mengucap banyak kali especially perempuan.
First time pergi ni guesthouse kami pun dekat Myeongdong je. Boleh la usha ye.. Namsan Guesthouse 2.
Ni la guesthousenyee tapi kami sewa bilik ja.
Ni laa biliknyee.. Sewa semalam pun dah RM200++ if I'm not mistaken.
Macam mana saya makan kat sini eh??
Haa disebabkan first time pergi tak sempat nak survey banyak sangat. Jadi time ni street food tak berani nak makan. Makan restaurant pun dekat Myeongdong - Asam Pedas & Itaewon - Murree Restaurant ja. Waktu lain mak masak sambal siap-siap, bawak beras, bawak telur rebus, roti, biskut, maggie, chocolate dan yang penting TRAVEL COOKER WAJIB ADA! Bukan tak boleh masak kat guesthouse ni tapi tak selesa la nak masak kt ruang dapur yang share dengan orang.
Jangan cakap dok hutan ja guna tau. Travel pun wajib ada!
Sebenarnya banyak lagi tempat tak penting yang kami sempat singgah tapi lupa nama tempat. Harap serba sikit dapat membantu siapa yang memerlukan. Ni untuk trip Winter tau. Nantikan pulak trip Autumn. Haa Autumn sejujurnya lagi kena dengan jiwa ceqq sebab ceq tak suka sejuk sangat. Winter ni terlalu sejuk sampai keluar ja dari train, tergedik-gedik nak masuk bangunan yang ada pemanas. Tak syiokk.
Till next post! Adios...